Wednesday, June 23, 2010

Khazanah Ilmu

Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail, pengasas produk Era Edar Marketing Sdn. Bhd.


Al-Fatihah.


"Harimau mati meninggalkan belang,anak Adam mati meninggalkan jasa".

Syukur ke hadrat Allah Yang Maha Memberi tanpa putus-putus. Nikmat yang tidak terhingga banyaknya di atas dunia ini. Walau pun hanya 1 sahaja rahmat yang Allah turunkan untuk seluruh isi alam ini daripada jumlah keseluruhannya, 100, namun nikmatNya itu adalah tidak bertepi dan berkesudahan. Syukur alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjungan kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat atas usaha dakwah Islam.

Begitulah pepatah di atas menyebutkan. Melalui kajian beliau, keprihatinan beliau mengenai masalah umat Islam, beliau tampil dengan sedemikian formula yang banyak. Alhamdulillah. Semoga segala jasa dan jerih Allahyarham Prof Dr Azizan Ismail diterima Allah sebagai ilmu yang memberikan manfaat yang mana, impaknya pahalanya akan diterima berterusan sehingga hari perhitungan kelak, insyaAllah.

Dengan keberkatan ilmu yang bermanfaat itulah,kami berusaha untuk mengembangkan dan menyampaikan lagi ilmu dan pengetahuan ini untuk manfaat kita bersama. Berusaha untuk melebarluaskan lagi sedekah jariah ke seluruh pelusuk umat yang mahukan serba-serbi yang halal dan terbaik dalam meneruskan kehidupan beribadah ini.

InsyaAllah, sedikit demi sedikit blog ini akan menjadi medan pengembangan ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang perubatan alternatif iaitu perubatan homeopati, yang sebenarnya telah mendapat tempat di kalangan orang-orang yang mencari dan mengkaji akan kelebihannya. Semoga dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini akan menjadikan asbab untuk mendapat keampunan dan keredhaan Allah,insyaAllah.